BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..saya dalam proses bertaubat.soalan saya ialah didalam pekerjaan saya.saya pernah terkena najis mughallazah tapi saya tidak pernah mencuci dengan cara yang betul..hal demikian telah lama terjadi dan saya telah lupa sebahagian tempat yang terkena najis,apakah yang harus saya lakukan?saya Khawatir solat saya tidak diterima Allah.Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapatnya najis dari segi ainnya, bau, warna dan rasa. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila najisnya jelas kelihatan seperti tahi, air kencing dan selainnya sehingga hilang bau, rasa dan warna. 

Oleh itu, bagi persoalan yang ditimbulkan, tuan tidak perlu melakukan sertu pada masa ini, kerana perkara telah lama berlalu. Tambahan pula tuan tidak pasti di bahagian mana yang terkena najis. Bertaubat sahaja kepada Allah SWT atas perlakuan yang telah berlalu tersebut, Allah SWT Maha Pengampun atas segalanya. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 154

message user image