BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz. Maaf sy nk bertanya berkenaan wali utk kahwin. Contoh jika ank perempuan berhasrat utk berkahwin. Tpi bapa kandung xsetuju. Dan automatik mmg xsetuju utk jadi wali. Tapi alasan dia xsetuju bukan kerana si lelaki tidak beragama, tidak bekerja. Tapi alasan dia xsuka hanya kerana kerja askar. bapa kata dia xsuka askar. Tiada alasan yg kurang pun pd si lelaki. Jadi boleh ke kami berkahwin jika si bapa xsetuju dan xnk jd wali. Mcm mana kami nk halalkan hubungan ni utk elak maksiat. Lgpun sampai bila nk mcm ni lebih baik halalkan. Lagipun dua2 mampu. Sy dan lelaki juga dua2 bekerja.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan kepada persoalan yang dikemukakan, pihak perempuan yang ingin berkahwin tetapi tidak mendapat persetujuan daripada bapa kandungnya tanpa sebab yang munasabah atau bertentangan dengan syarak, mereka boleh memohon pernikahan menggunakan wali hakim. Oleh kerana saudari menetap di negeri Kelantan, bolehlah hubungi pihak Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran berkenaan prosedur pernikahan di sana atau layari link berikut untuk mendapatkan maklumat selanjutnya :

https://eqaryah.kelantan.gov.my/index.php  

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 84

message user image