BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

ANAK SAYA PEREMPUAN DAN DOKTOR MENGESAHKAN KEMALUAN DIA TIDAK BOLEH DISUNATKAN SEHINGGA DIA DEWASA. APABILA DEWASA PERLU ATAU TIDAK UNTUK DIA BERSUNAT?TERIMA KASIH.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله و بركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه الأجمعين أما بعد

Bersunat atau khatan merupakan sunnah yang dituntut di dalam Islam. Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, daripada Nabi SAW, baginda bersabda:

الفِطْرَةُ خَمْسٌ: الخِتَانُ، وَالِاسْتِحْدَادُ، وَنتْفُ الإبْطِ، وَتقْلِيمُ الأظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

Maksudnya: Fitrah ada lima perkara: berkhatan, cukur bulu ari-ari, cabut bulu ketiak, potong kuku dan memendekkan misai.

(Riwayat al-Bukhari) 

Berdasarkan hadis ini, jelas bahawa khatan merupakan tuntutan bagi lelaki dan wanita. Menurut mazhab Syafi’i, wajib berkhatan apabila kanak-kanak mencapai umur baligh dan perlu dilaksanakan dengan segera. Namun, disunatkan kepada wali/penjaga untuk melaksanakannya ketika kanak-kanak masih kecil kerana itu lebih mengasihinya.

Walau bagaimanapun, sekiranya puan telah mendapat pengesahan daripada pakar perubatan dan dikenal pasti akan membawa kemudaratan sekiranya dikhatan, maka gugurlah kewajipan itu. Puan disarankan menunggu masa yang sesuai untuk melaksanakan khatan. Namun, sekiranya keadaan anak berterusan lemah, kewajipan berkhatan adalah dikira gugur sebagaimana yang dinyatakan di atas.

Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk link berikut: https://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-tahunan/pewartaan/2005-2009/181-hukum-khatan-bagi-pesakit-heamophilia-dan-kanak-kanak-cacat-akal

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 145

message user image