BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,Saya nak tanya berkaitan ehailing, sebagai contoh kite daftar grab dan di beri id Non halal, tetapi kite tidak boleh menukar id tersebut kepada id halal kerana id di beri secara rawak.

Ade pihak yang menawarkan penukaran id Non halal kepada id halal dengan bayaran tertentu,melalui pihak yang tidak di ketahui oleh grab atau ade orang dalam yang bersubahat dengan perbuatan ini.

Soalan saya apakah hukum nya?

Bagaimana dengan berkat pendapatannya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ

Maksudnya: Orang Islam wajib mematuhi syarat yang telah mereka sepakati. (Riwayat al-Hakim) 

Sekiranya id non halal tersebut memberi kesan percampuran pendapatan yang menjurus kepada tidak patuh syarak, sewajarnya ia disuarakan secara rasmi kepada pihak Grab supaya ditukar kepada id halal dan pilihan ehailing yang semakin banyak boleh difikirkan untuk bertukar kepada yang lebih memberi keberkatan dalam pendapatan.

Selagi mana pihak Grab tidak membenarkan perkara jual beli secara rahsia itu, selagi itu ia akan menjejaskan keberkatan pendapatan. Apatah lagi sekiranya id non halal itu tidak memberi kesan dalam pendapatan, maka perbuatan jual beli rahsia bagi mendapatkan id halal adalah tidak sewajarnya berlaku.

 Allah SWT telah berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 29:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأۡكُلُوۤا۟ أَمۡوَ ٰ⁠لَكُم بَیۡنَكُم بِٱلۡبَـٰطِلِ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 75

message user image