Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Ustaz
Saya ada kemusykilan bekaitan pekerjaan.
Saya menerima tawaran kerja sebagai Data Entry di bank.
Skopnya adalah memasukkan data dalam sistem komputer.
Adakah pekerjaan tersebut halal ?
Jawapan
Daripada Jabir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Bermaksud: Rasulullah SAW melaknat penerima riba dan pembayar riba dan orang yang mencatatnya dan kedua-dua saksinya dan Baginda berkata mereka itu semuanya sama. (Riwayat Muslim)
Manakala riwayat daripada al-Nu’man bin Basyir RA, bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: Sungguh yang halal itu jelas, yang haram pun jelas. Dan di antara keduanya ada perkara yang syubhah, yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Maka barangsiapa yang menghindari syubhah, maka berarti dia telah membebaskan agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara syubhah, maka dia jatuh dalam perkara yang diharamkan. Seperti seorang gembala menggembalakan di sekitar tanah larangan. Hampir saja dia masuk dalam tanah larangan itu.
Merujuk kepada soalan yang diajukan, sekiranya Data Entry tersebut berkaitan dengan transaksi berkaitan dengan riba atau seumpama dengannya, maka hukum perkerjaan tersebut adalah haram. Walaupun sekiranya ia tidak melibatkan transaksi berkaitan riba secara khusus, namun bekerja di tempat yang aktivitinya atau hasilnya seratus peratus melibatkan riba, seperti di bank konvensional, maka ia tetap mengandungi unsur syubhah yang patut dielakkan.