BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamu'alaikum...

 

Adakah status Insurans MCIS patuh syariah?

Dilampirkan resit rasmi pembayaran polisi insurans isteri saya untuk rujukan pihak tuan.

Kami menunggu maklum balas daripada pihak tuan.

Segala kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian,

Khairul Zaman

019-3484726

Kluang, Johor


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

MCIS merupakan sebuah syarikat Insurans Konvensional yang berdaftar di bawah Akta Insurans dan carian di laman rasmi MCIS juga tidak menemui sebarang kaitan syarikat ini dengan Takaful atau tiada . Hasil semakan yang dibuat di laman rasmi MCIS tertera penafian seperti ayat di bawah dalam dana-dana pelaburan MCIS

• This is not a Shariah-compliant product. However, Jati Fund, Titan Fund and Global Yakin Fund invest in Shariah-approved securities and will continue to do so. For more information about the funds mentioned above, kindly refer to the Fund Fact Sheet.

Oleh itu, apa yang dapat difahami daripada penafian di atas adalah pihak MCIS tidak mendapat pengesahan patuh syariah daripada pihak berautoriti seperti Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara, tetapi pihak MCIS hanya memberikan isyarat bahawa sumber kewangan yang diperolehi dari para pencarum akan dilaburkan dalam dana-dana yang telah disahkan patuh syariah. Dalam memastikan setiap urusniaga itu bertepatan dengan syariah ia bukan hanya tentang bagaimana wang tersebut diniagakan atau dilaburkan bahkan ianya ada kaitan seawal kontrak (akad) ditandatangani, termasuk juga transaksi dan lain-lain perkara yang perlu disahkan oleh pihak berautoriti sebelum ianya boleh disahkan sebagai pelaburan yang patuh syariah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.   


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 101

message user image