BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

Saya ingin bertanya mengenai, jikalau arwah adalah seorang warga tua, ibu tunggal mendapat bantuan dari zakat untuk pembayaran sewa rumah. Apakah hukumnya bila yang mana sebenarnya ada diantara anak arwah berkemampuan untuk membayar sewa itu sebenarnya. Arwah mungkin tidak mahu menyusahkan anak-anaknya. Jikalau adalah tidak layak, bagaimana harus menyelesaikannya.

Diharap mendapat maklum balas dari pihak tuan.

Terima kasih

Lily othman


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Adalah menjadi tanggungjawab dari segi agama Islam serta undang-undang bagi setiap anak sama ada lelaki mahupun perempuan yang mempunyai kemampuan untuk menyara atau memberi nafkah kepada ibu bapa mereka yang susah atau miskin. Menjadi suatu kesalahan kepada anak yang berkemampuan membiarkan ibu bapa yang susah sehingga menyebabkan mereka perlu meminta bantuan daripada orang lain. Namun sekiranya tiada bantuan yang diberikan daripada anak, maka harus bagi ibu bapa untuk memohon bantuan daripada pihak Zakat. 

Merujuk kepada soalan yang diajukan, adalah tidak menjadi kewajipan kepada ibu tunggal tersebut untuk meminta nafkah daripada anak-anak yang berkemampuan. Sebaliknya menjadi kewajipan kepada anak-anak untuk memberi nafkah kepada beliau agar tidak perlu meminta-minta daripada pihak lain. Seandainya tiada pemberian daripada anak-anak walaupun mereka berkemampuan, maka harus bagi ibu tunggal tersebut mendapat bantuan daripada pihak Zakat.

والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 72

message user image