BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Salam Ustaz

 

Nak bertanya bagaimana hendak uruskan harta berbentuk tunai yang banyak  (contoh RM10k) dari seorang perempuan OKU berumur dalam 60an dan tidak berkeluarga (duduk dengan keluarga angkat, ibu bapa angkat telah meninggal), berstatus OKU, tidak berpelajaran serta tidak diketahui waris sebenar?Bolehkah duit berkenaan disalurkan dalam bentuk sedekah kepada Pusat Tahfiz, Rumah Orang Tua atau surau atau masjid?

 

Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan; hukum menguruskan duit orang kelainan Upaya (OKU) adalah diharuskan. Namun, harta itu hendaklah diuruskan dengan amanah iaitu dengan menggunakan harta tersebut hanya untuk keperluan dan kebajikan OKU itu semata-mata. Harta tersebut hendaklah dibelanjakan secara berhemah atau dengan cara yang baik (bi al-ma'ruf).

Harta tersebut tidak boleh disedekahkan melainkan atas kehendak dan kesedaran OKU tersebut. Sekiranya OKU itu meninggal dunia dan tidak mempunyai waris, harta itu tidak boleh diambil sewenang-wenangnya dan hendaklah diserahkan kepada Baitumal untuk mewarisi harta tersebut.

Semoga Allah SWT memberi kefahaman yang baik kepada kita dalam mengamali dan menghayati agama-Nya. Amin

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 137

message user image