BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz/ ustazah.

Saya mempunyai soalan mengenai pembahagian harta pusaka.

Ibu saudara saya telah meninggal dunia kira2 2 bulan yg lalu. Almarhumah tidak mempunyai anak atau suami. Almarhumah mempunyai 2 org adik beradik perempuan seibu sebapa yang masih hidup manakala seorg kakak  serta seorang abang seibu sebapa telah meninggal dunia terlebih dahulu. Almarhumah juga mempunya 2 org sepupu lelaki yg masih hidup. 

Mohon penjelasan mengenai pembahagian harta pusaka yang ditinggalkan serta prosedur sebenar untuk pembahagian tersebut. Adakah perlu untuk mendapatkan perintah mahkamah atau pembahagian mengikut faraid blh terus dilakukan.

Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Secara umum berdasarkan data dan maklumat yang disebutkan:

- 2 orang adik beradik perempuan seibu sebapa adalah ahli waris yang sah tetapi mereka adalah ashabul furud bukanlah asabah yang menyebabkan akan ada lebihan harta yang tidak habis dibahagikan.

- 2 orang sepupu (dengan andaian bahawa sepupu yang dimaksudkan adalah Anak Lelaki kepada Saudara Lelaki Seibu Sebapa kepada Bapa {Adik Beradik Ayah}) merupakan asabah yang akan mendapat baki dari ashabul furud (adik beradik perempuan) di atas.

Asas pembahagiannya adalah: 

2 orang adik beradik perempuan seibu sebapa mendapat 2/6 setiap seorang manakala 2 orang sepupu (dengan andaian bahawa sepupu yang dimaksudkan adalah Anak Lelaki kepada Saudara Lelaki Seibu Sebapa kepada Bapa {Adik Beradik Ayah}) mendapat asabah iaitu 1/6 setiap seorang.

Kiraan di atas merupakan kiraan secara umum berdasarkan maklumat yang diberikan di dalam soalan. Pembahagian Harta Pusaka merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, oleh itu adalah dinasihatkan agar mendapatkan nasihat dan panduan awal daripada Majlis Agama Islam Negeri yang berhampiran.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 79

message user image