BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. saya nak tanya. apa hukum jika kita menjual barang pemberian orang? contohnya orang bagi saya pakaian. sebab diaorang taknak lagi pakaian tersebut. jadi saya ambil. dan lepas taknak guna saya jual barang2 itu. adakah sah jual beli saya itu?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjadi kewajipan sesama Islam untuk menjalin hubungan baik antara satu sama lain. Ramai orang  yang menjalinkanya dengan berbagai ekspresi, salah satunya dengan memberikan hadiah. Dalam Islam, memberikan sesuatu kepada orang lain dalam rangka menjalin silaturahmi dan mempererat hubungan adalah sangat dituntut dan hukumnya adalah sunat. 
Barang yang telah diberi atau diderma telah menjadi hak milik penerima untuk menggunakan barang tersebut seperti mana yang dikehendaki.

Ibn Umar RA telah meriwayatkan dalam sebuah hadis, dia berkata:

 أَخَذَ عُمَرُ جُبَّةً مِنْ إِسْتَبْرَقٍ تُبَاعُ فِي السُّوقِ، فَأَخَذَهَا، فَأَتَى بِهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، ابْتَعْ هَذِهِ تَجَمَّلْ بِهَا لِلْعِيدِ وَالوُفُودِ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّمَا هَذِهِ لِبَاسُ مَنْ لاَ خَلاَقَ لَهُ» فَلَبِثَ عُمَرُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَلْبَثَ، ثُمَّ أَرْسَلَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِجُبَّةِ دِيبَاجٍ، فَأَقْبَلَ بِهَا عُمَرُ، فَأَتَى بِهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ: إِنَّكَ قُلْتَ: «إِنَّمَا هَذِهِ لِبَاسُ مَنْ لاَ خَلاَقَ لَهُ» وَأَرْسَلْتَ إِلَيَّ بِهَذِهِ الجُبَّةِ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «تَبِيعُهَا أَوْ تُصِيبُ بِهَا حَاجَتَكَ»

Maksudnya: "Umar membawa baju jubah yang dibuat daripada sutera yang dibelinya di pasar, jubah tersebut kemudian diberikan kepada Rasulullah SAW seraya berkata: "Wahai Rasulullah, belilah jubah ini kerana ia boleh mempercantikkan penampilan ketika solat hari raya atau ketika menyambut para delegasi." Rasulullah SAW lalu berkata kepadanya: "Ini adalah pakaian orang yang tidak akan mendapatkan bahagian (nikmat di akhirat)." Kemudian Umar tidak kelihatan untuk beberapa waktu lamanya menurut apa yang Allah kehendaki, kemudian Rasulullah SAW mengirimkan kepada Umar sebuah jubah sutera. Maka Umar pun membawanya menemui Rasulullah SAW seraya berkata: "Wahai Rasulullah SAW, tuan telah memberikan pakaian ini untukku, padahal tuan telah berkata, 'Ini adalah pakaian orang yang tidak akan mendapat bahagian (nikmat di akhirat)'. Lalu mengapa tuan mengirimnya kepadaku?" Maka Rasulullah SAW pun berkata kepadanya: "Juallah, atau dengannya boleh memenuhi kehendakmu." (Riwayat al-Bukhari) 

Maka, dibolehkan dan sah berjual beli barang yang telah diberikan oleh seseorang seperti mana Rasulullah SAW berkata kepada Umar RA untuk menjual atau berbuat apa sahaja yang dikehendaki dengan baju sutera tersebut. Barangan pemberian orang, derma atau sedekah lebih umum penggunaannya berbanding zakat. Barangan derma pula tidak terhad penggunaannya sama ada ingin dijual, disewa atau diberi kepada orang lain selagi mana penderma tidak mengkhususkan kegunaannya.

Walau bagaimanapun, menurut adab tempatan, ia dikira tidak sopan sekiranya hadiah yang diterima daripada seseorang, diberi atau dijual kepada orang lain.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 254

message user image