BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikumm..

Berkaitan harta pusaka (bertanya bagi pihak suami)

Arwah bapa mertua meninggal 07/2023.. Pada tahun 2017 arwah bapa menamakan suami sebagai penama bersama sebuah rumah dan disewakan (penama 1 suami manakala penama kedua arwah bapa).. Semasa proses penamaan itu dilaksanakan, awah ibu mertua bertanya kenapa letak nama suami, arwah bapa mertua menyatakan, " tidak ape, biar laa rumah ini nama suami ".. Persoalan di sini.. 1) Apakah status rumah tersebut ?  2) Jika pusaka, adakah sebuah rumah atau sebahagian ?  3) Apakah status duit sewa rumah tersebut.. terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

1. Pada zahir kenyataan yang diberikan menunjukkan arwah bapa mertua ingin menghibahkan sebahagian daripada rumah itu kepada suami semasa hidupnya. Ini bermakna suami dan arwah bapa mertua adalah pemilik bersama rumah tersebut.

2. Bahagian arwah bapa mertua merupakan harta pusaka, manakala bahagian suami adalah miliknya.

3. Duit sewa rumah tersebut adalah milik bersama arwah bapa mertua dan suami.

 Walau bagaimanapun, urusan pembahagian harta pusaka hendaklah dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Harta Pusaka, Majlis Agama Islam Negeri sebagai pihak yang berautoriti.

والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 130

message user image