BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz,

Saya ingin bertanya samada boleh atau apakah hukumnya tentang persoalanan ini.

Ibu saya menerima wang pencen terbitan dari ayah yang baru meninggal sebanyak RM2400.00 sebulan. 

Adik saya pula menggunakan RM1000 dari wang pencen tersebut untuk membayar upah kepada anak lelakinya (cucu ibu saya) berumur 18 tahun untuk menjaga neneknya sambil menguruskan rumah.  Adik sekelurga tinggal bersama ibu di rumah ibu sendiri.  Kadang-kadang ibu agak sukar untuk meminta wang pencennya sendiri dari adik yang memegang kad bank ibu.

Adakah boleh adik menggunakan wang pencen tersebut membayar upah pada anaknya sendiri?

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Wang pencen yang diterima oleh ibu adalah 100% dimiliki oleh si ibu dan ibu boleh menggunakannya untuk apa-apa tujuan. Oleh itu, harus adik menggunakan wang pencen tersebut untuk apa-apa sahaja tujuan jika diizinkan atau diberikan oleh ibu kepadanya. Hal ini kerana, wang tersebut telah menjadi miliknya setelah si ibu memberikan wang tersebut kepadanya. Namun, menggunakannya tanpa izin atau keredaan si ibu adalah haram kerana dianggap menggunakan harta orang lain.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 147

message user image