BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamuailakum, saya ada satu persoaalan ingin di tanya. Saya bakal menerima kehadiran seorang anak perempuan tidak lama lagi. Persoalan saya adalah apakah hukum menamakan anak dgn nama yang bukan berasal dari bahasa arab? Adakah ia dibenarkan? Nama pilihan saya adalah Nor Ariana Mikayla. Adakah nama ini sesuai untuk dinamakan kepada anak sy nanti. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, boleh meletakkan nama anak selain bahasa arab selagi ia memberi maksud atau sebutan yang baik-baik. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 156

message user image