BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Maaf bertanya, apakah Hukum Taxidermy/ pengawetan haiwan menjadi patung sebenarnya?. Contohnya banyak di Zoo/Muzium memaparkan Haiwan-haiwan yang telah ditaksidermi atau di awet. Maka apakah hukum berbuat sedemikian? Tidakkah itu dikira sebagai menzalimi haiwan yang telah mati? Jika tidak dikira menzalimi, bolehkah saya sebagai orang biasa mentaksidermikan/mengawet haiwan perliharaan saya yang telah mati (kucing/burung). Saya berasa perbuatan ini seperti diharamkan tetapi hanya ingin mengetahui lebih lanjut


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Mengawet haiwan sehingga menjadi patung untuk dipaparkan di muzium-muzium adalah makruh sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi dalam al-Majmuk. Ia juga tidak boleh dijadikan aset untuk jual beli. Walau bagaimanapun, pengawetan untuk dipamerkan di muzium-muzium mempunyai keperluan dan maslahah dari sudut ilmu pengetahuan, memelihara kesan sejarah dan sebagainya, Maka dalam kes tersebut, pihak berkuasa dibenarkan untuk berbuat demikian.

Sekiranya pengawetan dilakukan oleh persendirian, maka ia berbalik kepada hukum asal iaitu makruh. Tidak digalakkan berbuat demikian, malah status bangkai binatang yang telah diawet itu juga adalah najis.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 337

message user image