BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

Berkenaan soalan saya yang lepas saya ada soalan tambahan seperti dibawah.

Apakah hukumnya lafaz cerai yang terlepas tanpa sedar akibat was was(lafaz yang ini pun saya tak dapat ingat cuma perkataan yang belakang sahaja saya perasan) , mengulang didalam hati sesuatu lafaz akibat hendak mengingat adakah ia terlafaz atau tidak?

Perkara ini membuatkan saya betul2 tertekan.

Apakah amalan2 yang sesuai bagi menghilangkan was was ni ustaz?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Talak jatuh atau berlaku  apabila seorang suami mengungkapkan lafaz talak atau cerai secara jelas (sarih) atau kiasan (kinayah). Dalam kes yang ditanya ini, lafaz tersebut sama ada diungkapkan atau tidak adalah tidak dapat dipastikan. Oleh itu, ia berbalik kepada hukum asal iaitu (al-aslu al-'adam) "asal bagi sesuatu perkara ialah tiada". Ia juga bertepatan dengan kaedah istishab, iaitu mengekalkan sesuatu hukum sebagaimana asalnya sehingga terdapat bukti yang mengubahnya. Oleh itu, perkahwinan itu kekal dan talak tidak berlaku.

Perkara ini dikuatkan dengan kaedah Fiqh yang mengatakan bahawa:

اليقين لا يرول بالشك

Maksudnya: Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak (atau keraguan).

Memandangkan terdapat keraguan dalam lafaz yang diucapkan, maka ia tidak dapat mengubah apa yang yakin atau pasti, iaitu perkahwinan tersebut kekal sah..

Mengulang lafaz talak dalam hati  tidak menyebabkannya jatuh talak sehingga suami melafazkannya walaupun berseorangan tanpa dihadiri atau didengari oleh saksi.

Was-was datang daripada gangguan syaitan. Oleh itu, tuan disarankan untuk bermulazamah dan membiasakan diri dengan majlis-majlis zikir serta majlis-majlis ilmu. Majlis zikir dapat mendatangkan ketenangan hati, manakala majlis ilmu boleh memberikan pendedahan mengenai manakah perkara yang betul dan batil. Pilihlah majlis ilmu yang khusus berkaitan ibadah, ilmu tauhid dan sebagainya. tertutup yang mengajarkan mengenai ilmu tauhid khususnya. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT, dan mudah-mudahan tuan diberikan penyelesaian terhadap perkara ini.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 292

message user image