BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Ustaz/ Ustazah, maaf saya nak tumpang bertanya. Berkaitan zakat selepas jual beli rumah.

Sebagai contoh jika saya berjaya menjual rumah pada harga RM300k kemudian selepas ditolak hutang berbaki rumah tersebut sebanyak RM150k, maka bakinya RM150k. Dari RM150k tersebut saya berniat untuk membayar hutang rumah baru sebanyak RM125k kerana bayaran bulanan rumah baru tersebut agak membebankan saya. Untuk pengetahuan  Ustaz/ Ustazah hutang rumah baru tersebut RM525k, yang saya cuba kurangkan kepada RM400k. 

Persoalan saya, bilakan waktu yang saya diwajibkan membayar zakat, samada selepas mendapat RM150k ataupun selepas membayar hutang rumah baru RM125k?

Mohon pencerahan dari  Ustaz/ Ustazah. Sekian Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan; hasil jualan aset tetap (penghasilan yang bersifat sekali-sekala) seperti rumah dan tanah disebut sebagai hartanah dikategorikan sebagai harta pendapatan yang wajib dikenakan zakat. Maka, seseorang itu perlu mengeluarkan zakat pendapatan pada saat ia diperolehi, atau pada tahun berkenaan juga. Ini kerana, tiada syarat haul ke atas zakat pendapatan ini.

Pengiraan zakat bagi hartanah ini dibuat setelah mengambil kira segala kos yang terlibat dalam jualan hartanah itu (seperti upah ejen, bayaran pengiklanan, fi peguam, setem duti) termasuk saki baki hutang jika hartanah tersebut masih dalam tempoh pembiayaan bank.  Maka, zakat hanya dikenakan atas hasil bersih jualan hartanah.

Formulanya: Hasil kasar jualan 300K – Kos terlibat (upah ejen, bayaran pengiklanan, fi peguam, setem duti dan sebagainya) – hutang  pembiayaan berbaki 150K = baki x 2.5% = Zakat.

Semoga Allah SWT memberi kefahaman yang baik kepada kita dalam mengamali dan menghayati agama-Nya. Amin

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 195

message user image