BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, 

Saya mempunyai satu lot bangunan kedai yang digunakan untuk perniagaan. Akibat COVID-19, perniagaan tersebut terpaksa ditutup dan saya terpaksa menanggung kerugian dan bayaran bulanan bangunan kedai. Pada tahun lepas, semasa saya menunaikan umrah, saya telah berdoa dan bernazar sekiranya saya dapat menjualkan bangunan tersebut, saya ingin memberikan RM10000 dari hasil jualan bangunan tersebut kepada ibu bapa saya. Pada tahun ini, bangunan tersebut dapat dijual namun setelah ditolak baki pinjaman bank, bil tertunggak dan bayaran peguam, keuntungan bersih yang saya perolehi kurang dari RM 10000.

Soalan saya:

1. Bagaimanakah dengan nazar saya tadi? Adakah saya perlu menunaikan nazar tersebut dengan menambah hasil jualan bangunan tersebut?

2. Bolehkah saya memberikan separuh dahulu dari nilai RM10,000 itu dan separuh lagi saya berikan apabila saya mampu kelak?

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Nazar bermaksud mewajibkan diri atas sesuatu perkara apabila sesuatu hajat dimakbulkan oleh Allah SWT. Ia wajib ditunaikan berdasarkan nazar yang diniatkan seperti firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 29:

ثُمَّ لْيَقْضُوا تَفَثَهُمْ وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ 

Maksudnya: Kemudian, hendaklah mereka membersihkan dirinya dan menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.

Merujuk kepada persoalan puan:

1. Puan hanya perlu membayar berdasarkan baki hasil jualan selepas ditolak dengan semua perbelanjaan berkaitan dengan hutang rumah tersebut. Tidak perlu untuk mencukupkan RM10,000 sekiranya baki hasil jualan kurang dari jumlah tersebut.

2. Harus seandainya terdapat keperluan lain yang mendesak.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 160

message user image