BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalammu'alaikum. Ayah saya telah meninggal dunia pada hari Selasa (22/8/2023) iaitu 3 hari lepas. 
Beliau mempunyai 2 orang anak lelaki dan 1 orang anak perempuan. Namun, beliau telah bercerai dengan ibu kandung saya 10 tahun yang lepas dan telah menikahi seorang balu yang mempunyai 3 orang anak lelaki. Ibu tiri saya telah menghubungi kami untuk meminta sijil kematian original untuk menguruskan harta arwah ayah kandung saya dan tidak membenarkan kami untuk menemani beliau. Bolehkah jelaskan bagaimana pembahagian harta mengikut hukum faraid kepada kami anak kandungnya? Adakah ibu tiri saya masih berhak ke atas harta peninggalannya? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Secara umum berdasarkan data dan maklumat yang diberikan:

- Ibu tiri atau isteri kepada ayah adalah merupakan ashabul furud yang layak mendapat bahagian daripada harta peninggalan arwah ayah sebanyak 1/8.

- Anak kandung ayah pula mendapat baki daripada harta peninggalan setelah menolak bahagian yang diterima oleh ibu tiri. Dengan andaian ayah tidak mempunyai anak hasil perkahwinannya dengan ibu tiri, maka setiap anak lelaki akan mendapat bahagian 2 kali ganda berbanding anak perempuan.

Kiraan di atas merupakan kiraan secara umum berdasarkan maklumat yang diberikan di dalam soalan. Pembahagian Harta Pusaka merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri. Oleh itu adalah dinasihatkan agar mendapatkan nasihat dan panduan awal daripada Majlis Agama Islam Negeri yang berhampiran bagi mendapatkan kiraan yang lebih tepat berdasarkan waris-waris yang mungkin tidak disebutkan dalam soalan yang diajukan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 70

message user image