BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, pada bulan Januari 2023, saya telah melaksanakan umrah dan melakukan tawaf wada' dan ada menyentuh kaabah tanpa mengetahui kesannya. Saya sudah merujuk Facebook Dr Syed Shahrizan mengatakan bahawa tawaf masih sah mengikut pandangan mazham imam syafie kedua disebabkan kes viral 'umrah tidak sah menyebabkan cucunya xsah'. Namun saya masih was ii sama ada ia hanya boleh  digunakan hanya untuk kes kritikal beliau sahaja atau untuk saya yg masih tiada anak lagi. Jika dikenakan dam, bolehkah terangkan secara detail denda yang saya perlu bayar? Sekian terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Pandangan kedua dalam Mazhab Syafi'i menyatakan bahawa tawaf masih sah walaupun dengan menyentuh kaabah. Tujuan pandangan kedua digunapakai ini adalah bagi mengeluarkan orang yang tawaf daripada masyaqqah atau kesulitan selepas pulang ke tanah air. Pandangan ini boleh digunapakai oleh sesiapa sahaja yang menghadapi kesulitan tersebut atas sebab kejahilan atau sebagainya. Dam tidak dikenakan kerana tawaf sah menurut pandangan berkenaan.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 52

message user image