Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya tentang ibadah Qurban.
Saya telah membeli seekor anak lembu untuk saya melakukan Qyrban pada tahun hadapan. Ketika ini saya membela lembu tersebut sehingga cukup umur untuk di Qurbankan.
Sebagaimana yang saya tahu Qurban saya menjadi Qurban Wajib. (Qurban Ta'yin)
Soalan saya...
Adakah Niat Qurban saya terpakai untuk keseluruhan lembu tersebut atau hanya satu pertujuh bahagian dimana saya boleh sedekah pada orang lain yang enam bahagian itu.
Saya dahului dengan ucapan tetima kasih atas jawapan Tuan
Sekian.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada soalan yang diajukan, ia bergantung kepada niat saudara. Sekiranya saudara berniat untuk jumlah bahagian tertentu, maka ia terpakai untuk bahagian tertentu itu sahaja. Namun sekiranya tidak diniatkan untuk bahagian tertentu, maka ia terpakai untuk keseluruhan lembu.
والله أعلم بالصواب