BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Jadual Perjalanan

Sedikit latar belakang , alhamdulillah saya bakal menjadi suami pada 26 Ogos nanti. Sekarang ni saya menetap dengan sewa bilik di KL.
Pada hari khamis saya akan pergi ke kampung saya di Port Dickson, di sini jarak Port Dickson dan bilik sewa saya di KL lebih dari dua marhalah jadi saya boleh jamak qasar.
Tapi pada hari jumaat saya akan bergerak ke tempat nikah dan sandin saya di Kelana Jaya. Boleh ke saya jamak qasar di Kelana Jaya?
Saya akan nikah pada hari sabtu, dan selepas kenduri saya akan pulang ke rumah mentua di Nilai, boleh ke saya jamak qasar di sini?
Untuk pengetahun ustaz, tempat saya menetap selepas berumah-tangga di USJ. Jadi saya akan balik dari rumah mentua pada isnin tengahari.
Walaupun belum menetap tapi saya memang dah niat untuk tinggal di USJ bersama bakal isteri saya untuk jangka masa yang lama, jadi saya tidak jamak di USJ.
Selepas itu, saya akan pergi ke cameron highland untuk bercuti. Boleh saya jamak qasar di sini?
Khamis petang saya akan pulang ke USJ, jadi saya akan solat seperti biasa. Selepas beberapa seketika saya akan ke Port Dickson 3 hari sehingga Ahad. Boleh saya jamak qasar di sini?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara asasnya, seorang yang bermusafir, yang melebihi jarak perjalanan sejauh 2 marhalah iaitu 81 KM dengan tujuan yang diharuskan mengikut syarak, mendapat rukhsah untuk menunaikan solat secara jamak dan qasar di sepanjang perjalanan. Seorang yang bermusafir juga diberi rukhsah untuk menunaikan solat secara jamak dan qasar sepanjang berada di tempat yang dituju dengan syarat berniat untuk menetap di situ kurang daripada 4 hari, tidak termasuk hari tiba dan hari keluar dari tempat itu. Seandainya dia berniat untuk menetap di situ selama 4 hari atau lebih, tidak termasuk hari tiba dan hari keluar dari tempat itu, maka dia tidak diharuskan untuk menunaikan solat secara jamak dan qasar setibanya di tempat itu.

Berdasarkan persoalan dan plan perjalanan yang dikemukakan, saudara boleh solat jamak dan qasar semasa berada di Port Dickson, Kelana Jaya dan di Nilai, kerana ia dianggap sebagai satu perjalanan atau pemusafiran yang panjang. Saudara juga diharuskan untuk menunaikan solat secara jamak dan qasar semasa berada di Cameron Highland dan Port Dickson seandainya memenuhi syarat yang dinyatakan tadi.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 3083

message user image