Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz/ustazah. Saya ingin bertanyakan soalan mengenai pekerjaan di Bursa Malaysia saham. Apakah hukum bekerja sebagai servis kewangan di Bursa Malaysia saham? Adakah sumber mencari pendapatan di Bursa Malaysia saham adalah haram?
Jawapan
Daripada al-Nu’man bin Basyir RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: Sungguh yang halal itu jelas, yang haram pun jelas. Dan di antara keduanya ada perkara yang syubhah, yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Maka barangsiapa yang menghindari syubhah, maka berarti dia telah membebaskan agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara syubhah, maka dia jatuh dalam perkara yang diharamkan. Seperti seorang gembala menggembalakan di sekitar tanah larangan. Hampir saja dia masuk dalam tanah larangan itu.
Sekiranya bekerja sebagai servis kewangan di Bursa Malaysia tersebut berkaitan dengan transaksi berkaitan dengan riba atau seumpama dengannya, maka hukum perkerjaan tersebut adalah haram. Walaupun sekiranya ia tidak melibatkan transaksi berkaitan riba secara khusus, namun bekerja di tempat yang aktivitinya atau hasilnya bercampur-baur melibatkan riba dan sebagainya, maka ia tetap mengandungi unsur syubhah yang patut dielakkan.
Allah SWT juga berfirman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2:
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
والله أعلم بالصواب