BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

1)Adakah Ade pergerakan dari peringkat ahli jawatankuasa mufti atau mais mengadakan ceramah atau pengisian mingguan di tempat2 perkampungan yg mane penduduknya berpotensi utk berada dalam ajaran seat disebabkan tiada kelas atau kuliah yg boleh diikuti?

2)Bagaimana dri mufti2 Setiap negeri boleh memberi fatwa yg berlainan terhadap satu masalah yg sama sedangkan majoriti kalangan kita bermazhab syafie melainkn kalau berlainan mazhab akan didedhkn dgn khilaf disebabkan mazhab masing2 mempunyai KAEDAH pengisbatan hukum yg berbeza..?

3)Adakah boleh mengeluarkan suatu fatwa sebelum berlakunya sesuatu perkara sepertimana mazhab hanafi yg melopori fiqh iftiradi yg mane meletkkn suatu hukum bgi perkara yg akan dtg belum pasti berlaku ?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

  1. Ahli Jawatankuasa Fatwa Selangor serta pegawai Bahagian Dakwah MAIS sentiasa aktif dalam menyampaikan dakwah kepada seluruh umat Islam sama ada di perkampungan yang berpotensi terpengaruh dengan ajaran sesat atau tidak.
  2. Walaupun kaedah yang sama digunapakai iaitu manhaj Mazhab al-Syafi'i, tetapi pertimbangan maslahah dan keadaan yang dihadapi setiap negeri tidak sama. Kadang-kala taburan kepadatan penduduk, tahap pendapatan serta koposisi kaum dan agama juga memberi kesan dalam pertimbangan fatwa yang baharu.
  3. Setiap perkara baharu perlu dinilai setelah ia benar-benar berlaku. Fiqh Iftiradhi merupakan satu andaian sebelum sesuatu isu berlaku dan hanya menjadi rujukan dan tidak dapat menentukan hukum selagi tidak dibincangkan secara tuntas secara case by case basis.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 88

message user image