BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya hendak bertanya hukum seorang mutawif mengambil hadiah daripada toke kedai/pasar kurma ketika ziarah membawa jemaah ke pasar tersebut. Contoh keadaan ialah: seorang mutawif membawa jemaah umrahnya ziarah ke pasar kurma dan kemudian tokey pasar kurma itu beri duit sebagai hadiah sebab bawa orang ke kedainya, jadi adakah mutawif tersebut halal mengambilnya atau tidak kerana bawa jemaah ke pasar kurma tersebut sudah ada dalam tentatif program dalam travel umrah itu. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Pemberian tersebut adalah halal kerana merupakan hadiah daripada pemilik (tokey) kedai kepada mutawif tersebut. Perkara ini juga tidak dianggap sebagai rasuah atau pemberian yang haram.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 140

message user image