BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt kepada ahli panel semoga sentiasa didalam rahmat Allah swt

Kemusykilan saya adalah berkaitan takaful yang telah matang,

Persoalannya, setelah takaful yang saya sertai untuk anak, telah matang. Siapa yang sebenarnya berhak/layak ke atas caruman (beserta bonus) yang telah matang tersebut? Samada saya sebagai pencarum atau anak sebagai penerima manafaat.

Terima kasih di atas segala perhatian yang diberikan.

Sekian, terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

  Allah SWT telah berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 29:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأۡكُلُوۤا۟ أَمۡوَ ٰ⁠لَكُم بَیۡنَكُم بِٱلۡبَـٰطِلِ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil. 

Pemilik kepada caruman dan bonus bagi takaful yang telah matang adalah orang yang membayar jumlah caruman bulanan. Si anak hanya menerima manfaat dari hasil caruman bulanan tersebut sahaja. Sebaiknya pihak tuan merujuk secara langsung dengan pihak Takaful bagi memastikan ianya berlandaskan perjanjian (akad) semasa takaful ini ditandatangani dan tidak mengambil hak si anak tanpa pengetahuan.

والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 131

message user image