BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai hukum atau Pandangan mufti Selangor mengenai apa hukum jika kita menjalankan proses Jual beli janin haiwan mahupan manusia yang masih dalam kandungan. Hal ini disebabkan isu ini giat dijalankan di Indonesia. Dan saya ingin membuat penyelidikan mengenai Isu ini.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, dalam permasalahan jual beli janin bagi haiwan yang masih di dalam kandungan, kita telah mendapat panduan dari hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan daripada Abdillah Ibnu Umar R.A. bahawa : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ بَيْعِ حَبَلِ الْحَبَلَةِ وَكَانَ بَيْعًا يَتَبَايَعُهُ أَهْلُ الْجَاهِلِيَّةِ كَانَ الرَّجُلُ يَبْتَاعُ الْجَزُورَ إِلَى أَنْ تُنْتَجَ النَّاقَةُ ثُمَّ تُنْتَجُ الَّتِي فِي بَطْنِهَا Maksudnya : Rasulullah SAW melarang menjual (anak) yang dikandung dalam perut unta. Cara itu merupakan jual beli orang-orang jahiliyyah, yang seseorang membeli sesuatu yang ada di dalam kandungan unta, hingga unta itu melahirkan, lalu anak unta tersebut melahirkan kembali". (Riwayat al-Bukhari) Berpandukan hadis di atas , jual beli yang berlaku pada janin adalah batal dan tidak sah. Oleh itu, perlu dikembalikan apa - apa bayaran atau barang, kepada pemilik asalnya jika telah berlaku serah terima. 1. Barang Jualan Tidak Wujud : Diantara syarat sah jual beli adalah barang jualan mestlah ada / wujud ketika proses jual beli dilakukan. Ini kerana jual beli tersebut menjual barang yang masih belum wujud, iaitu janin yang masih belum dilahirkan. Penjual dan pembeli tidak dapat pastikan adakah janin tersebut sempat dilahirkan ataupun mati sebelum dilahirkan. 2. Terdapat Unsur Gharar (keraguan / ketidaktentuan) : Diantara syarat sah jual beli adalah barang jualan hendaklah nyata sifatnya dan tiada keraguan dan tiada penipuan. Sebelum janin dilahirkan, pembeli atau penjual tidak dapat memastikan apakah sifat janin tersebut dari sudut kesihatannya atau sudut yang lain. 3. Punca Pertengkaran : Kedua-dua punca diatas boleh menyebabkan pertengkaran diantara orang yang menjalankana proses jual beli tersebut. Adapun jika jual beli berlaku pada haiwan betina yang sedang bunting bersama janinnya, maka sah jual belinya kerana janin di dalam rahim hanya mengikut ibunya dan tidak boleh dipisahkan. Manakala jual beli janin bagi manusia hukumnya adalah berdosa dan haram hukumnya. Manusia adalah semulia-mulia makhluk yang Allah ciptakan. Allah SWT berfirman : Maksudnya : “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.” (al-Isra’ : 70) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 345

message user image