BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Solat Jamak takdim (zohor ) dan qasar dengan mengikut imam yang kita tidak pasti dia bersolat tamam atau qasar. Jika kita mengikut berjemaah dalam situasi di atas, boleh kita mengikut imam? Jika boleh , perlu berniat qasar atau tamam.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد 

Syarat solat makmum secara qasar mestilah berimamkan imam yang solat secara qasar. Tidak sah solat seorang makmum yang solat secara qasar dengan imam yang tamam. Sebaliknya sah solat makmum yang tamam di belakang imam yang qasar. Diharuskan bagi seorang yang pada awalnya berniat solat qasar untuk menukar niat kepada solat tamam, namun sebaliknya tidak diharuskan bagi seorang yang berniat solat secara tamam untuk menukar niat kepada qasar.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, adalah dibenarkan bagi mazhab Syafi'i, bagi makmum yang tidak mengetahui niat imam sama ada tamam atau qasar untuk mentaklikkan atau menggangtung niatnya kepada niat imam, seandainya imam berniat qasar, maka dia akan menunaikannya secara qasar, dan sekiranya imam berniat taman, maka dia akan menunaikan solat secara tamam.

Di samping itu, solat secara jamak dan qasar tidak disyaratkan bersekali. Ini bermaksud, solat jamak boleh dilakukan sama ada secara tamam bagi kedua-kedua solat, secara qasar bagi kedua-dua solat atau salah satunya secara qasar dan yang lainya secara tamam, berpandukan rukhsah yang telah ditentukan. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 258

message user image