BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin membuat pertanyaan dan pendapat mengenai :- 1) Suami yang tidak menunaikan tanggunggjawab terhadap Allah iaitu meninggalkan solat dan puasa dengan sengaja. 2) Suami yang suka bersama kawan2nya lebih dari keluarga sendiri. Kadang2 suka bertaruh dan bangga bila mengatakan pada orang lain. 3) Suami tidak bekerja tetapi isteri redha cuma bab tanggungjawab lain contoh mengambil berat tentang anak2 dan bapa sendiri acuh tidak acuh tidak acuh. 4) Beranggapan diri selalu betul, tidak mahu mendengar nasihat meskipun dari ibu sendiri. 5) Isteri pernah derhaka tapi tidak melakukan perkara2 yang tidak sepatutnya. Ustaz/ustazah sekiranya ada berlaku perkara diatas dalam rumahtangga apa yang patut dilakukan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, adalah dinasihatkan agar puan menggunakan orang tengah yang amanah serta disegani oleh suami untuk menasihatinya. Jika tiada perubahan juga puan boleh membuat aduan di Bahagian Undang-undang Keluarga Islam, Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran, agar nasihat dan tindakan yang wajar dan berkesan dapat dilakukan sesuai dengan kandungan lafaz taklik ketika ijab kabul. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 169

message user image