BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Asalamualaikum , aaya ingin bertanya saya mempunyai saham bank rakyat,1500 unit bersamaan rm1500 

Buat masa sekarang saham koperasi bank rakyat tidak membuka lagi kepada awam.. jadi permintaan sangat tinggi ramai ahli sangup membeli harga tinggi dari ahli bank rakyat , untuk pengetahuan urusan pindah saham rakyat tersebut hanya boleh di untuk ahli ahli bank rakyat sahaja mereka bukan ahli tidak boleh.. sehingga sangup membeli rm2 satu unit dari harga sebenar 1 unit jika sesorang mempunyai rm1500 bermakna pembeli ahli tersebut sangup membeli harga rm3000 jumpa di kaunter tukar milik saham duit di bayar luar kaunter..

Soalan:  adakah urusan ini di kira riba jua beli unit mintak penjelasan ustaz... 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Secara umumnya membeli unit saham adalah sama dengan membeli barangan bukan ribawi, seperti peralatan elektrik, kenderaan dan lain-lain lagi barangan yang tidak termasuk dalam item ribawi seperti yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan daripada ‘Ubadah bin al-Somit RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

الذَّهَبُ بالذَّهَبِ، والْفِضَّةُ بالفِضَّةِ، والْبُرُّ بالبُرِّ، والشَّعِيرُ بالشَّعِيرِ، والتَّمْرُ بالتَّمْرِ، والْمِلْحُ بالمِلْحِ، مِثْلًا بمِثْلٍ، سَواءً بسَواءٍ، يَدًا بيَدٍ، فإذا اخْتَلَفَتْ هذِه الأصْنافُ، فَبِيعُوا كيفَ شِئْتُمْ، إذا كانَ يَدًا بيَدٍ

Maksudnya: Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, timbangan dan beratnya mesti sama, dibayar secara serta-merta (bukan bertangguh). Namun, jika jenis dan kategori barangnya berbeza, maka berjual belilah mengikut yang kamu kehendaki dengan syarat mesti dibayar secara serta-merta (on the spot). (Riwayat Muslim)

Oleh itu, jual beli unit saham dengan nilai yang tertentu sama ada lebih tinggi atau lebih rendah daripada nilaian sebenar adalah harus selagi kedua-dua pihak penjual dan pembeli bersetuju dengan urusniaga yang berlaku.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 139

message user image