Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Saya bakal buat majlis Aqiqah untuk anak perempuan saya. Rata2 berat kambing yg disediakan oleh pihak katering untuk aqiqah adalah dari 7-14kg shj. Soalan sy, Adakah ia cukup syarat sah/ cukup umur bagi sembelihan aqiqah? Boleh saya tahu aggaran berat bagi kambing yg cukup umur? terima kasih.
Jawapan
Berdasarkan persoalan tuan, syarat-syarat sah untuk binatang sembelihan aqiqah adalah sama seperti binatang sembelihan korban iaitu mestilah berumur lebih dua tahun, tidak sakit, tidak cacat, tidak terlalu kurus, tidak buta dan tidak bunting. TIdak terdapat syarat berat tertentu untuk menjadikan aqiqah itu sah. Namun, semakin berat atau besar kambing itu, maka ia adalah lebih afdal.
Adapun berat purata seekor kambing biasa adalah dalam lingkungan 28-30kg, manakala selepas proses melapah anggaran berat bagi seekor kambing adalah sekitar 10-14kg.
والله أعلم بالصواب