Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum WBT. Saya ada dua situasi dalam kemusykilan.
Situasi Pertama:
Ada 4 orang kawan lepak minum di kedai mamak. Bila nak bayar, mereka main osom. Siapa kalah kena bayar.
Soalan saya:
1) Adakah itu dikira berjudi?
2) Makanan/minuman yang kita minum itu dikira jadi haram ke?
Situasi Kedua:
Bila sedang drive di highway, kemudian ada orang dimmed lampu dari jalan seberang. Rupanya ada roadblock. Then lepas roadblock kita buat benda sama. Ada kereta yang berhenti tepi jalan tggu roadblock habis.
Soalan saya:
Adakah kita bersubahat atas kesalahan orang lain? Mungkin berhenti sebab roadtax tak renew dan sebagainya?
Sekian, Wasalam.
Jawapan
Berkenaan persoalan tuan, perbuatan tersebut adalah judi dan dikhuatiri makanan tersebut boleh menjadi haram. Walaupun penyertaan dalam situasi tersebut kelihatan tiada yuran atau kos hadiah tapi hakikatnya kedua-dua pihak berpotensi mengalami untung dan rugi iaitu dibebani atau tidak dibebani dengan kos makanan yang belum diketahui jumlahnya. Ia adalah judi walaupun ada unsur usaha dari kedua belah pihak dan bukan permainan nasib semata. Unsur judinya datang dari sudut hadiah, seolah-olah kedua-dua pihak meletakkan sejumlah wang untuk makanan tersebut, hanya yang kalah akan terkena. Ia tetap judi walaupun kedua-dua pihak redha meredhainya. Tiada redha dalam perihal haram. Namun jika hanya salah seorang yang menjanjikan hadiah tanpa mengira kalah atau menang, orang lain tidak, hukumnya berubah menjadi harus atau halal kerana tiada kebarangkalian untuk seseorang di antara mereka untung dan rugi.
2. Dalam perkara ini, kembali kepada hukum asal sesuatu perkara itu harus melainkan jika terdapat sesuatu larangan terhadapnya.
Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut).
Maka perbuatan tersebut perlu dilihat kembali kepada niat seseorang memberi isyarat jika niatnya untuk membantu kepada kebaikan maka seseorang itu mendapat pahala. Jika niat memberi isyarat supaya perkara kejahatan dan munkar dapat dilakukan maka perbuatan tersebut membawa dosa. Firman Allah SWT Surah al-Ma’idah ayat 2
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
Semoga Allah SWT memberi kefahaman yang baik kepada kita dalam mengamali dan menghayati agama-Nya. Amin