BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalam.. mohon izin bertanya.. apakah beza kifarah dan kafarah..

Saya nak beri situasi, dan mohon pencerahan adakah ia kifarah..

A melahirkan B secara luar nikah. Bila B telah besar, B pula melahirkan tanpa suami. Adakah ini disebut kifarah untuk A kerana telah memalukan ibunya? 

Terima kasih


message user image

Jawapan  

 .وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

 .الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Kifarah ialah balasan Allah SWT ke atas hamba-Nya yang mukmin ketika hidup di dunia akibat daripada dosa-dosa yang dilakukan olehnya. Manakala Kaffarah pula ialah dari sudut bahasa (al-Kafru) yang bermaksud menutup. Dinamakan kaffarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah SWT. Dari sudut istilah ia bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah atau puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakkannya.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Isra' ayat 15:

 ۚ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ

Maksudnya: Seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain.

Berdasarkan soalan puan, setiap orang tidak akan memikul dosa daripada perbuatan orang lain dan jika seseorang yang lain berat tanggungannya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. Maka ayat di atas jelas menerangkan yang mana kejadian yang berlaku pada si B itu adalah asbab dari perbuatan dosanya sendiri bukan kerana perbuatan si A yang lalu yang  juga pernah melakukan kesilapan yang sama. Ini kerana si A juga bertanggungjawab atas dosa yang dilakukannya sendiri. Bertaubatlah kepada Allah SWT dengan sebenar-sebenar taubat atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan dan tidak mengulangi kesalahan tersebut.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 4638

message user image