BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Apakah hukum bermain game Mobile Legend? Kerana: 1. Abaikan solat 2. Bila sedang berinteraksi, dia tidak mendengar percakapan kita 3. Membazirkan duit Mohon pihak mufti memberikan jawapan ini.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, melakukan sesuatu sehingga mengabaikan solat, melakukan pembaziran adalah berdosa di sisi Allah S.W.T. Sebaiknya hindarilah dari bermain sehingga melalaikan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 76

message user image