Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya nak tanya macamana pendapatan kita halal ke kalau kita lukis gambar mcm tourist spot di Malaysia. Kita ambil gambar di google map dan sebagainya. Lukis balik dan jual ikut art kita
Jawapan
Berdasarkan kepada pekerjaan yang dinyatakan tiada masalah untuk diteruskan dan ia adalah harus di sisi Islam. Namun harus juga diteliti adalah:
1. Gambar-gambar itu bukan hak milik yang telah didaftarkan seperti gambar-gambar hak cipta. Sekiranya ia dimililiki oleh seseorang atau syarikat, tuan perlu meminta izin terlebih dahulu.
2. Gambar-gambar yang diambil tidak mendedahkan aurat seseorang.
Sebagaimana Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 188:
Maksudnya: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah.