BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz/ustazah, tuan/puan

Saya ingin bertanya berkaitan tentang penyucian. 

Pertamanya, jika najis air mani atau mazi yang terkena pada cadar katil. Memandanngkan cadar itu tebal dan susah utk dibasuh bolehkah saya membuangnya tanpa membasuhnya. Adekah apa apa hukum islam berkenaan membuang pakaian atau cadar yang terkena najis mazi atau mani sebelum membasuhnya. Adakah dibenarkan dalam islam.?

 

Keduanya, saya menghadapi was was cara membasuh pakaian yang terkena najis maI dan mani terutamanya apabila sudah kering dan tidak nampak. Bagaimana nak membasuhnya. Saya pernah terbaca cara membasuhnya cukup sekadar mengalirkan air mutlak sahaja hingga hilang bau, warna dan rasa. Sebnayak mana air mutlak yang hendak saya alirkan ? Dan perlukah saya merendamnya? Bagaimana hendak tahu ia telah suci. Sebab saya sangat kuathir akan najis hukmi yang berpindah pindah. 

Terima kasih banyak terlebih dahulu. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, air mani dan air mazi berbeza sifat dan hukumnya. 

Air mani = bukan najis

Air Mazi = najis

Berkenaan dengan cadar dan pakaian yang terkena air mani atau air mazi, cukup membasuhnya dengan mengalirkan air mutlak di kawasan tompokan air mani atau mazi sahaja sehingga hilang bau, warna dan rasa. Apa yang tuan boleh lakukan adalah pegang tompokan air mani atau mazi itu dan alirkan air ke atasnya, lalu gosok sehingga hilang kesannya. Pastikan air itu tidak mengalir ke bahagian cadar yang lain. Maka cadar dan pakaian tuan telah disucikan.

Jangan pula dibuang cadar tersebut. Islam melarang perbuatan membazir. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 50

message user image