Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wbt..Terima kasih kerana sudi membaca dan bantu saya..Saya ada persoalan.Aboh Saya nikah 3 kali..Isteri pertama ummi saya Tapi dah bercerai atas kes Penderaan/dadah dn lain-lain..Dan hasil dr pernikahan pertama ada 6 org anak..Isteri kedua pun bercerai dan hasilnya ada 2 org anak..Anak pertama tak sah taraf..Dan terakhir Aboh saya bernikah tahun lepas..Pernikahan yg ke 3 tak ada anak..Tp Aboh saya meninggal dunia pada 18/6/2023..Arwah aboh ada meninggalkan duit kwsp bernilai RM9856.31..dan duit hasil jual tanah pusaka ada dalam RM9500..Persoalan saya ialah..Apa hukum duit yang berjumlah RM9500 tu dibahagikan kepada adik beradik 8 org dgn berniatkan untuk bayar hutang fidyah arwah Aboh..Kami adik beradik memang tak berhubung langsung dgn arwah Aboh kami..Dan Arwah Aboh tak pernah pun menanggung nafkah ke atas kami 8 beradik..Kami semua dah ada yang remaja dan dewasa..masing-masing hidup kami memang hidup miskin..Duit tu pun dah dibahagikan sama 8 beradik dan masing² dah pun guna duit tu..Sbb semua waris sepakat suruh berbuat begitu..Tapi kami terima tu dgn niat bayar hutang Fidyah arwah Aboh kami..Betul ke cara mcm tu..dan apa Hukum dia..Terima kasih kerana sudi luangkan waktu untuk saya..Terima kasih..Assalamualaikum..
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan,
Secara umum data dan maklumat yang diberikan adalah tidak memadai namun jawapan yang diberikan adalah berdasarkan maklumat yang diberikan:
Kiraan di atas merupakan kiraan secara umum berdasarkan maklumat yang diberikan di dalam soalan. Pembahagian Harta Pusaka merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri. Oleh itu adalah dinasihatkan agar mendapatkan nasihat dan panduan awal daripada Majlis Agama Islam Negeri yang berhampiran bagi mendapatkan kiraan yang lebih tepat berdasarkan waris-waris yang mungkin tidak disebutkan dalam soalan yang diajukan.
Berkaitan fidyah arwah bapa, secara umum fidyah ialah denda yang dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu dan tidak dapat menggantinya atas alasan uzur syarie, wanita yang menyusukan anak, waris yang telah meninggal dunia, sakit, atau juga sengaja melewatkan puasa ganti bulan Ramadan.Ia dikenakan dengan membayar satu kadar tertentu yang wajib dikeluarkan sebagai suatu pemberian sebahagian daripada harta (makanan) kepada fakir miskin. Fidyah ini wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan dan menjadi tanggungjawab (hutang) sekiranya tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab ahli waris untuk mendapatkan maklumat yang jelas tentang jumlah bilangan hari puasa yang telah ditinggalkan oleh arwah. Setelah diketahui dengan jelas bilangan hari yang ditinggalkan maka barulah kiraan hari didarabkan dengan harga beras yang dimakan sebagai contoh RM2.00 (secupak beras) x 3 hari puasa yang ditinggalkan = RM6.00, oleh itu RM6.00 adalah jumlah yang perlu dibayar daripada harta peninggalan arwah bapa. Setelah mendapat jumlah sebenar barulah dikira dengan harta peninggalan arwah kerana fidyah adalah hutang arwah yang perlu dibayar dengan harta peninggalannya sebelum diagihkan. Memandangkan harta telah diagihkan dan pada masa yang sama masih ada hutang fidyah yang belum dilangsaikan, maka ahli waris perlu berpakat untuk melunaskannya jika mampu, jika tidak maka berdoalah kepada Allah agar diberi keampunan buat arwah bapa.
Berkaitan membayar fidyah puasa kepada ahli waris pula, pada asalnya pandangan yang terpilih dalam mazhab Syafi'i adalah tidak boleh membayar fidyah kepada ahli waris yang berada di bawah tangunggan bahkan fidyahnya itu tidak dikira. Namun dalam situasi memang ahli warisnya miskin dan arwah si mati juga miskin maka ia diharuskan.
Adalah dinasihatkan agar sentiasa mendoakan keampunan kepada arwah bapa kerana ia merupakan tanggungjawab dan kewajipan seorang anak, meskipun beliau tidak menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai bapa biarlah ia menjadi urusan Allah SWT, tetapi sebagai anak yang soleh dan solehah mendoakan kesejahteraan kedua orang tua merupakan tuntutan kewajipan yang perlu dilangsaikan demi untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.