Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz.apakah hukum jika saya bersama isteri makan di kedai bersama isteri org yg saya kenali tanpa ditemani suaminya?
Jawapan
Berdasarkan soalan tuan, pada asasnya, hukum tuan bersama isteri makan bersama isteri orang lain tanpa ditemani suaminya adalah diharuskan sekiranya mendapat kebenaran suami beliau, dengan menjaga adab-adab Islam dengan menjaga batas-batas syarak seperti berpakaian menutup aurat, tidak bertabarruj, menundukkan pandangan, bercakap dengan suara biasa dan normal serta tidak menimbulkan fitnah dalam kalangan masyarakat. Melakukannya tanpa keizinan suami wanita tersebut adalah dilarang.
Disarankan agar kita semua dapat berhati-hati dalam apa jua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Allah SWT kerana menjaga batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan itu juga merupakan adab pergaulan dalam Islam. Sekiranya batas-batas syarak tersebut tidak dipatuhi, maka pergaulan di antara lelaki perempuan tidak dibolehkan.
والله أعلم بالصواب