BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

soalan saya, adakah saya dikira anak derhaka sekiranya saya tidak mengikut kehendak ibu saya supaya berhenti kerja di syarikat saya bekerja sekarang kerana ibu saya tidak suka majikan saya kerana majikan saya mempunyai masalah dengan kakak ipar saya. sedangan suami saya tidak kesah sekiraya saya ingin terus bekerja di syarikat tersebut. adakah gaji yang saya terima tidak berkat kerana ibu saya tidak suka saya bekerja di syarikat tersebut. 

sebab ibu saya tidak benarkan saya bekerja di syarkat tersebut adalah kerana saya dan kakak ipar saya bekerja di syarikat yang sama. kakak ipar saya mempunyai masalah dengan syarikat disebab ia tidak puasa hati tindakan yang syarkat kenakan terhadap dia. namaun ia tidak menceritakan setuasi sebenar. dia hanya memberitahu syarikat mengayaya dia kepada keluarga supaya keluarga membenci syarkat tersebut. di sebabkan itu ibu saya memaksa saya berhenti kerja di syarkat tersebut. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan; secara asasnya mentaati kedua ibu bapa merupakan suatu kewajipan seorang anak kepada kedua ibu bapanya. Ketaatan kepada ibubapa hendaklah pada perkara-perkara yang makruf sahaja.

Dalam situasi yang dialami oleh pihak puan tidak menjadi masalah sekiranya hendak kekal pada kerja tersebut. Memandangkan dengan keberadaan puan bekerja di situ telah membawa kepada perselisihan dan pergaduhan sesama keluarga, maka cara yang terbaik bagi seseorang anak dalam situasi ini adalah melakukan perbincangan antara ahli keluarga dan ibu bapa. Perbincangan dengan ibu bapa ini mestilah dengan menggunakan bahasa yang lembut  dan uslub yang baik sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Taha ayat 44:

فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ

Maksudnya: Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut.

Semoga Allah SWT memberi kefahaman yang baik kepada kita dalam mengamali dan menghayati agama-Nya. Amin

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 156

message user image