BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya nak bertanya mengenail sah ke suami lafaz cerai " Kau melangkah keluar dari rumah ni jatuh talak dekat kau". Suami dah lafaz dua kali masa gaduh.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Lafaz cerai yang diucapkan suami itu merupakan lafaz cerai taklik. Lafaz tersebut melarang isteri daripada melanggarnya. Jika dilanggar maka jatuhlah talak. Risiko lafaz sebegini ke atas isteri lebih besar kerana ia kelihatan umum, iaitu tidak ditetapkan pada sesuatu, tidak ditetapkan masa dan tidak ditetapkan tujuan tertentu.

Bermakna, asal sahaja isteri melangkah keluar dari rumah, maka jatuh talak. Tidak dikhususkan cara keluar bagaimana dan tujuan keluar untuk apa. Kalau dikhususkan seperti "keluar dari pintu ini, jatuh talak". Jadi kalau isteri keluar dari pintu lain atau keluar melalui tingkap maka talak tidak jatuh.  

Begitu juga dengan tujuan keluar, kalau isteri keluar untuk pergi kerja atau keluar untuk menjemur pakaian, maka talak jatuh berdasarkan lafaz yang diucapkan oleh suami. Sehubungan itu puan dikehendaki merujuk permasalahan ini kepada pihak Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa untuk mengesahkannya. Oleh kerana alamat puan di daerah Hulu Langat, maka puan boleh hubungi untuk mendapatkan nasihat perundangan seperti butiran berikut: 

  • Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat
    Persiaran Kemajuan, Seksyen 9,
    43650 Bandar Baru Bangi,
    Selangor

  • +(603) 8912 5145

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 120

message user image