BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya nak tahu soal pembahagian harta warisan.

Bapa mertua saya dah mewariskan setiap anaknya [8 org] bahagian tanah  sama banyak. Dia masih hidup tetapi dah berumur 90an dan tinggal dengan seorang anaknya walau pun rumahnya masih ada dan ditinggal kosong. Setiap anaknya memiliki rumah sendiri diatas tanah yang telah dibahagikan itu. Isteri saya mendapat bahagian tanah yang ada rumah kami sendiri dan rumah bapa mertua saya. Bagi kami bapa mertua saya masih ada hak atas rumahnya kerana dia masih hidup dan kami tak kesah pun sebab yg penting bapa mertua saya hidup sihat dan gembira dengan anak2nya. Bapa mertua saya dah memberikan hak rumahnya pada isteri saya kerana diatas tanah yg telah diwariskan tetapi saudara yg lain menuntut supaya isteri saya membayar harga rumah tu dan dibahagikan sesama mereka kerana bagi mereka itu rumah semua. Boleh tuan beri pencerahan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Pemberian harta ketika hidup kepada ahli keluarga yang menjadi ahli waris merupakan hibah, ia merupakan satu kaedah pengurusan harta yang mula mendapat perhatian dalam kalangan umat Islam pada hari ini, untuk mengesahkan hibah yang berlaku ia perlu disahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri dalam konteks Selangor ianya di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Sekiranya telah berlaku perpindahan pemilikan yang sah daripada ayah mertua kepada isteri ke atas rumah itu dalam bentuk kontrak yang bertulis atau pertukaran nama di dalam geran atau apa-apa kaedah yang diterima oleh syarak dan undang-undang yang berkuat kuasa maka ia adalah hak isteri, dan situasi itu isteri berhak membuat pertimbangan yang wajar sama ada untuk memberikan pampasan atau tidak. Sekiranya belum berlaku apa-apa perpindahan pemilikan maka ianya adalah bergantung kepada keputusan pemilik yang sah iaitu bapa yang masih hidup.

Sebaiknya lengkapkan proses pelaksanaan hibah yang dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Negeri yang berhampiran agar penyerahan yang berlaku itu berlaku dengan sempurna agar setiap pihak mengetahu dengan jelas hak masing-masing.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 74

message user image