Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Apakah hukum menjawab kaji selidik secara percuma dan memperoleh mata ganjaran.mata ganjaran contoh 4000 point dapat ditebus dengan RM5
Jawapan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه
Merujuk kepada persoalan saudari, pihak kami berpandangan penyertaan puan dalam kaji selidik dan ganjaran diterima adalah diharuskan selagi mana tidak perkara yang bertentangan dengan syarak seperti penipuan dan sebagainya.
والله أعلم بالصواب