BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, di sini saya timbul keraguan dalam status perkahwinan saya, pada mulanya kami telah berkahwin di Pejabat Agama Songkhla kemudian berlaku perceraikan yang membuatkan kami perlu bernikah semula, saya menelefon kepada pihak jabatan agama di sana dan bercakap dengan kadi. Akibat kekurangan wang untuk mengulangi pernikahan semua di pejabat agama, tok kadi memberikan cadangan supaya bernikah di luar pejabat agama yang diuruskan oleh beliau dan 2 orang saksi daripada beliau. Timbul keraguan adakah pernikahan kami sah mengikut syariat? Apakah langkah seterusnya yang patut kami lakukan? Mohon dapat percerahan dan penyelesaian daripada pihak tuan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan; 1. Sekiranya tuan bernikah di luar negara, perkara paling penting tuan perlu pastikan Kadi tersebut mempunyai tauliah yang diiktiraf dari Majlis Agama Islam Negara tersebut, lebih-lebih lagi sekiranya tuan bernikah menggunakan wali hakim. 2. Dan sekiranya Kadi tersebut mencadangkan tuan bernikah di luar pejabat; i. Perlu pastikan tempat nikah tersebut masih berada di dalam kariah atau bidang kuasa Kadi yang bertauliah tersebut. ii. Perlu pastikan, tuan mendapat surat nikah yang asli dan berdaftar di Majlis Agama Islam Negara tersebut. iii. Surat nikah tersebut mestilah mendapat pengesahan rasmi dari konsulat kerajaan Malaysia di negara tersebut. Sekiranya tiga perkara ini tidak dipatuhi, maka wujud keraguan dalam pernikahan tersebut. 3. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan supaya tuan merujuk pernikahan ini dengan Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 546

message user image