BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya baru sahaja kematian suami 2 bulan yang lalu. Segala hutang arwah telah sy selesaikan. Tetapi anak saudara arwah memberitahu bahawa arwah berjanji untuk memberinya RM5000.00 sedangkan perkara tersebut tidak pernah dimaklumkan arwah suami kepada saya. Adakah wajib saya membayar jumlah wang tersebut atas sebab JANJI tersebut. Mohon maklumbalas segera dari pihak tuan. Saya sangat keliru mengenai perkara ini memandangkan jumlah tersebut agak banyak dan diragui kesahihannya. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, sebaiknya puan berbincang dan selidiki dahulu berkenaan perkara tersebut. Sama ada benar atau tidak perjanjian yang dibuat oleh arwah suami dengan anak saudaranya semasa hidupnya. Jika beliau ingin menuntutnya daripada puan, beliau perlu kemukakan bukti bertulis atau mana-mana individu sebagai saksi yang boleh dipercayai, atau dokumen perjanjian bahawa arwah setuju membayar sejumlah wang sebagaimana yang dituntutnya. Sedangkan puan sendiri tidak dimaklumkan oleh arwah suami mengenainya. Perkara tersebut juga hanya melibatkan arwah dan anak saudaranya sahaja. Anak saudaranya juga tidak boleh sewenang-wenangnya berbuat sedemikian, memandangkan banyak lagi keperluan hidup yang perlu waris tanggung selepas kematian arwah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 112

message user image