BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam saya selalu lewat datang masjid selepas iman utama sudah habis solat, Boleh x buat 2 atau lebih  kabilah(kumulan) iman solat... apakan hukum?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Secara umumnya, mendirikan solat jemaah secara berbilang kumpulan atau jemaah selepas imam utama selesai mendirikan solat berjemaah adalah sah, namun tidak digalakkan. Tindakan yang terbaik adalah mendirikan satu jemaah dalam satu-satu masa, ini berdasarkan sepotong hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas'ud RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

وَلَا تَخْتَلِفُوا فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُمْ

Maksudnya:Dan janganlah kalian berselisih, niscaya hati kalian akan berselisih. (Riwayat Ahmad)

Bagi mengelak perselisihan hati yang boleh membawa kepada kelemahan perpaduan umat Islam maka melaksanakan solat fardhu secara satu jemaah selepas imam solat utama selesai adalah lebih utama. Jika ingin memulakan jemaah baharu sebaiknya tunggulah jemaah yang sedang solat menyelesaikan solat mereka.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 132

message user image