BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..

Saya ingin bertanya berkenaan hukum jual beli tahi kambing(untuk di buat baja)

Terima kasih

Assalamualaikum 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه

Merujuk kepada persoalan saudara, menurut mazhab Shafi'i antara syarat barang yang dijual supaya suatu aqad itu sah ialah barang tersebut mestilah suci dan bersih serta mendatangkan manfaat. 

Dalam perihal jual beli baja daripada najis haiwan ini menurut Imam al-Nawawi ia diharamkan:

بَيْعُ سِرْجِينِ الْبَهَائِمِ الْمَأْكُولَةِ وَغَيْرِهَا وَذَرْقِ الْحَمَامِ بَاطِلٌ وَثَمَنُهُ حَرَامٌ هَذَا مَذْهَبُنَا

Maksudnya: Menjual najis haiwan yang boleh dimakan dan selainnya, serta najis burung adalah batil, dan hasil penjualannya adalah haram, dan inilah adalah mazhab kami (ulama Shafi’iyah). (Al-Majmu' Syarh al-Muhazzab 9/230). 

Namun, di sana ada pengecualian dan alternatif atas dasar maslahah oleh para ulama Shafi’iyah, iaitu dengan menamakan akad atau kontrak itu dengan istilah naql al-yad (penukaran pemilikan), Kaedahnya ialah dengan pemilik najis itu berkata “Aku menggugurkan hak aku daripada barang ini dengan harga sekian sekian”, dan pihak yang satu lagi pula berkata: “Aku terima”. Jual beli najis melalui kaedah naql al-yad iaitu menggugurkan hak atas pemilikan dengan gantian sejumlah wang tertentu atau dengan kontrak upah (ijarah) atas pengurusan baja tersebut seperti upah mengumpul, membungkus, mengangkat atau menghantar, maka ia diharuskan. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 142

message user image