BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum WBT Mufti
saya ada pertanyaan. nama saya yusuf zaid.
saya telah baligh selama 7 tahun. Sehingga tahun ke 5, saya baru tahu bahawa apabila keluar mani ketika tidur wajib mandi wajib (bermimpi atau tidak bermimpi).
Selama ini saya ingat bahawa keluar mani ketika tidur dengan (bermimpi sahaja) kena mandi wajb. Dulu saya belajar tentang ini dari media sosial bahawa ada orang kata mimpi sahaja baru mandi wajib. Hakikatnya baru saya tahu selama ini kena mandi wajib walaupun mimpi atau tidak.

Soalan saya, adakah saya kena qada solat saya selama ini yang dilakukan (tidak mandi wajib kerana disangkakan tidak disebabkan tidak bermimpi).|
Selama dalam tempoh tersebut, saya tidak tahu berapa banyak solat yang dilakukan ketika tidak mandi wajib itu. (kadang-kadang mimpi, kadang-kala tidak bermimpi) berselang seli. Apabila mimpi baru saya mandi wajib.
Saya tidak pernah meninggalkan solat dengan sengaja. Semua solat yang tertinggal (dengan sedar) saya telah tunaikan.

Terima kasih Tuan Mufti Selangor.
Semoga sentiasa dirahmati dan diberikan pengampunan kepa kita semua.
Assalamualaikum.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Syarat sah sesuatu ibadat khusus seperti solat dan puasa adalah tidak berada dalam keadaan berhadas. Keluar mani merupakan hadas besar dan wajib mandi untuk mengangakat hadas tersebut. Bagi sesiapa yang tidak mengetahui syarat tersebut maka perlu diqada' semula solat yang telah dilaksanakan kerana solat yang ditunaikannya sebelum ini adalah tidak sah.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 102

message user image