BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum WBT,

Mohon pertolongan untuk memberi penjelasan berkenaan persoalan saya dibawah.

Abah saya telah meninggal dunia 9 bulan yang lepas. Semasa hidupnya, iaitu 20 tahun yang lepas arwah abah hendak membeli sebiji rumah. Ketika hendak membuat pinjaman bank, pendapatan abah tidak mencukupi untuk kelulusan bank dan arwah abah telah menggunakan nama saya sebagai peminjam kerana ketika itu hanya saya yang sudah bekerja. Adik beradik masih belajar. Segala hal ehwal bank atas nama saya. 

Arwah abah yang membayar 10% downpayment. Apabila menerima surat dari bank untuk memulakan bayaran bulanan, arwah abah telah meminta saya yang membuat pembayaran setiap bulan dan menyebut "ambil la rumah itu". Abah membeli rumah lain yang lebih murah. Jadi saya membayar ansuran bulanan dari mula sehingga sekarang kepada pihak bank.

Apabila rumah siap, saya dan suami menetap di rumah itu. Kini saya telah berpindah dan rumah itu saya sewakan.

Mak dan adik beradik juga sedia maklum yang rumah tersebut milik saya dan segala hal ehwal rumah seperti cukai, maintenance, kerosakan saya yang menguruskannya. 

S&P - nama saya dan nama arwah abah.

Bank - nama saya.

Persoalan saya, setelah abah meninggal, adakah rumah tersebut jatuh faraid. Apa yang perlu saya buat?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Berdasarkan maklumat yang puan berikan, secara umumnya pemberian bapa ketika hidupnya boleh dikira sebagai hibah atau hadiah kerana berdasarkan uruf atau adat masyarakat Melayu Malaysia ia merupakan pemberian kasih sayang. Oleh itu, rumah tersebut tidaklah termasuk di dalam harta yang perlu difaraidkan kerana ia milik sempurna puan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 127

message user image