BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Adakah self affirmation dibenarkan dalam Islam?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Teori self-affirmation dicetuskan oleh Prof. Claude Mason Steele pada tahun 1980-an. Ia memfokuskan kepada bagaimana seseorang beradaptasi dengan informasi atau pengalaman yang boleh menghilangkan keyakinan dirinya. Menurut kamus Oxford, ia bermaksud pengiktirafan dan penegasan akan kewujudan serta nilai diri seseorang. Islam tidak melarang seseorang individu melakukan self-affirmation kerana ia merupakan salah satu proses yang digunakan oleh ahli psikologi untuk merawat dan menghalang seseorang daripada hilang keyakinan diri sehingga menyebabkan berlakunya stress atau tekanan hidup.

Akan tetapi dalam Islam, teori ini mesti melibatkan perkara yang dibenarkan syarak iaitu mempunyai unsur keagamaan dan ketauhidan seperti prinsip kerohanian bagi meneguhkan keyakinan diri. Sebagai contoh:

“Aku pasti boleh melakukan kerja ini” sebagai ayat bagi meyakinkan diri dan mesti tambah, dengan bantuan Allah, semoga Allah permudahkannya.

Selain itu, dengan memperbanyakkan zikir mengingati Allah, membaca al-Quran dan melakukan semua perkara yang memberi kebaikan kepada diri sendiri dan orang sekeliling dapat membantu seseorang meningkatkan keyakinan diri. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 230

message user image