BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin menanyakan tentang hukum terpegang tengkorak/bangkai babi dalam keadaan tidak tahu bahawa itu adalah bangkai babi. Adakah perlu disamak/sertu

Situasi: 

Di kebun, seseorang telah terjumpa tengkorak kepala. Dengan penuh yakin itu adalah tengkorak kepala buaya. Keadaan tengkorak adalah kering. Lalu, saya pengang tengkorak itu dengan keyakinan itu adalah tengkorak/bangkai kepala buaya (dalam keadaan tangan saya yang kering) 

Setelah 2 jam berlalu, saya dapat panggilan daripada orang yang menjumpai tengkorak/bangkai itu, dan mengatakan itu adalah tengkorak kepala babi. 

Saya telah makan, menyentuh pakaian/barang, dan solat dalam keadaan saya tidak tahu saya terpengang tengkorak babi

Soalan saya, adakah saya perlu samak/ sertu. Jika perlu bagaimana pula dengan pakaian, makanan dan solat saya sebelum itu. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, sekiranya benar dan telah dipastikan tengkorak kepala yang dijumpai tersebut adalah daripada babi, maka tangan yang memegangnya diyakini dalam keadaan kering dan tengkorak kepala tersebut juga kering, maka tangan tersebut tidak bernajis dan tidak perlu disertu serta segala peralatan yang telah dipegang oleh tangan selepas itu turut tidak bernajis. Namun jika salah satunya lembap atau basah, maka cara menyucikan atau membasuh tangan yang menyentuhnya itu adalah dengan tujuh kali basuhan dan salah satunya adalah dengan tanah. Seandainya tuan ragu-ragu kering atau basah, maka najis tidak boleh disabitkan dengan keraguan, oleh itu ia tidak menyebabkan perpindahan najis.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 168

message user image