Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Apakah hukum bermain permainan video online "Monopoly Go" yang dikatakan bahawa pengasas permainan tersebut dari negara Israel dan ramai yang mengatakan di dalam permainan tersebut terdapat suatu objek seperti bentuk "masjid".
Jawapan
Hukum asal bermain permainan online atau dalam talian adalah diharuskan. Ini berpandukan kaedah fiqah yang menyatakan:
Maksudnya: Hukum asal sesuatu perkara adalah diharuskan, sehingga datang dalil (yang menunjukkan) pengharamannya.
Namun, sesuatu permainan boleh menjadi haram, sekiranya permainan tersebut mempunyai unsur atau perkara yang membawa pengharaman seperti:
Ini berdasarkan kepada kaedah fiqhiyah :
Maksudnya: Sesuatu perkara yang membawa kepada yang haram, maka perkara tersebut hukumnya adalah haram.
Merujuk kepada persoalan tuan, bahawa pengasas kepada permainan itu yang dikatakan daripada Israel atau terdapat objek seperti 'masjid' tidak menjadikan permainan tersebut menjadi haram melainkan sekiranya terdapat unsur atau ciri-ciri sebagaimana yang dinyatakan di atas.
والله أعلم بالصواب